Sunday, November 8, 2009

Teruna Desa Di Larikan Dara Bunian


Saturday, September 5, 2009

PRIM wujudkan ISTANA BUDI Bagi Perlindungan Pesakit HIV/AIDS Lelaki Islam

Pemandangan di hadapan Istana Budi bagi perlindungan pesakit HIV/AIDS lelaki Islam di Lorong Beringin Kuang 48050 Rawang Selangor Darul Ehsan

Jin Mengganas

Gugur Kandungan Punca Sukar Hamil

Sunday, May 3, 2009

Misteri: Manusia boleh lihat bunian (Berita Mingguan)

Misteri: Manusia boleh lihat bunian
Oleh : Nasron Sira Rahim

Umat Islam tak digalak berkawan dengan makhluk ghaib kerana tidak diketahui beriman atau kafir. 

Di sebalik dunia nyata yang kita tempuhi, ada kehidupan sama seperti manusia tetapi terselindung dan tidak dapat disingkap pancaindera biasa.

Penduduk alam ghaib itu dikatakan memiliki budaya setempat seperti bermain kompang dan berzanji, memiliki wajah dan fizikal seperti manusia.

Penghuni dunia itu juga hidup bermasyarakat, mendirikan rumah dan penempatan sama seperti kita malah dikatakan turut menunaikan haji dengan menaiki kenderaan sama seperti manusia.

“Apa yang membezakan orang bunian dengan manusia ialah jika berpakaian, semuanya mesti satu warna. Dari baju ke seluar sama warna,” kata Pengasas Pusat Rawatan Islam Manarah di Kuang, Selangor; Dr Jahid Sidik.

Dr Jahid yang juga bekas pensyarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya berkata, selain warna pakaian; berdasarkan pengalaman dan kes yang dirujuk kepadanya, semua aktiviti bunian sama seperti manusia.

“Cuma manusia tidak nampak mereka. Dalam al-Quran juga menyatakan manusia tidak dapat melihat makhluk ghaib seperti syaitan, jin dan bunian kerana mereka tidak memiliki jasad. Manusia memiliki empat unsur iaitu air, api, tanah dan angin tetapi bunian menyamai jin hanya memiliki unsur api dan angin (menyebabkan mereka tidak berjasad),” katanya.

Beliau yang berpengalaman hampir 15 tahun dalam perubatan Islam berkata, sehingga kini ada dua teori dikemukakan mengenai kewujudan dan asal usul orang bunian.

“Mengikut cerita orang lama termasuk guru saya; asal bunian ialah apabila manusia berkahwin dengan jin. Sememangnya dalam kitab fekah ada perbincangan mengenai perkahwinan antara manusia dan jin.

“Berdasarkan pengalaman yang dirujuk kepada saya, membuktikan perkahwinan antara jin dan manusia memang berlaku dalam kehidupan ini,” katanya yang turut menjelaskan bahawa perkahwinan itu menyebabkan bunian memiliki rupa dan budaya seperti manusia tetapi memiliki unsur api dan angin menyamai jin.

Satu teori lain mengenai kewujudan bunian adalah mereka pada asalnya manusia alim dan soleh, taat kepada perintah Allah tetapi akibat sebab tertentu, mereka terlalai dan melakukan kejahatan.

“Akibat malu berhadapan dengan manusia, mereka berdoa kepada Allah supaya kewujudan mereka tidak dilihat manusia. Ada versi mengatakan kejadian ini berlaku pada zaman Sahabat tetapi ada yang mengatakan ia berlaku sebelum zaman Rasulullah serta pada zaman Nabi-Nabi terdahulu,” katanya.

Beliau berkata, manusia biasa tidak dapat melihat bunian atau jin tetapi keadaan itu boleh berlaku dalam beberapa keadaan tertentu, dengan izin Allah. Antaranya apabila ada jin atau bunian yang menumpang dalam badannya tanpa disedari individu itu.

“Ada orang berkata, bayi dapat melihat bunian atau jin kerana mereka masih suci. Itu tidak benar, sebenarnya bayi dapat melihat perkara ghaib itu kerana bunian atau jin menumpang di badannya.

“Ada satu kes seorang bapa mendakwa anak kecilnya istimewa (psikik) kerana dapat melihat benda ghaib. Selepas dibawa kepada saya, didapati dalam badannya ada jin dan selepas makhluk itu dikeluarkan, anak kecil itu kembali normal,” katanya.

Selain itu, manusia mampu melihat bunian jika makhluk itu menzahirkan jasadnya dan kebiasaannya kemampuan bunian menunjukkan fizikalnya berlaku apabila bunian itu mempelajari ilmu tertentu. Sebaliknya manusia juga boleh melihat bunian jika mereka mempelajari ilmu tertentu.

Dr Jahid menceritakan beberapa kes bunian yang dirujuk kepadanya sepanjang terbabit dalam bidang perubatan Islam itu.

“Satu kes di Kota Tinggi, Johor. Dua pemuda masuk ke hutan mencari rotan tetapi seorang daripada mereka hilang ketika hari hampir malam.

“Operasi mencari dijalankan tetapi lelaki itu tetap tidak dijumpai sehinggakan ahli keluarga dan penduduk kampung menganggap pemuda itu sudah meninggal dunia akibat dibaham binatang buas. Masa berlalu dan kehilangan pemuda itu semakin kurang dibualkan penduduk dan ahli keluarga.

“Tiba-tiba, kira-kira lebih setahun selepas kehilangannya, pemuda itu kembali ke rumah keluarganya dan membawa bersama seorang anak dan isteri,” katanya.

Pemuda itu menceritakan, pada hari kehilangannya, dia tersesat dalam hutan dan apabila menjelang malam, ketika mencari jalan keluar, dia terjumpa sebuah rumah.

Selepas berehat semalaman, pemuda itu meminta izin pulang tetapi disuruh pemilik rumah tinggal bersama mereka dan berkahwin dengan anak perempuannya.

Selepas setahun, lelaki itu diizinkan menjenguk keluarganya di alam manusia tetapi selepas itu, dia diberi pilihan oleh mentuanya sama ada ingin terus berada di alam bunian atau bersama manusia. Lelaki itu memilih kekal bersama anak dan isterinya di alam bunian.

Kes kedua diceritakan Dr Jahid berlaku pada tahun-tahun terakhir jemaah haji menggunakan kapal laut sebagai pengangkutan. Dalam sebuah kabin, ditempatkan tiga lelaki dan selepas berkawan, mereka bertukar alamat apabila ingin berpisah.

“Apabila pulang, seorang dari mereka yang tinggal di Kedah mengambil keputusan melawat kenalannya di Muar, Johor. Sebaik sampai di Muar, dia menunjukkan alamat kepada pemandu teksi yang berasa pelik kerana tiada kampung di kawasan itu.

“Apabila sampai, didapati memang tiada penempatan di situ, selepas berjalan masuk ke dalam sedikit, baru dia menjumpai kampung dan rumah kenalannya. Tetapi selepas beberapa ketika berada di tangga rumah kenalan itu, dia ditolak seorang pemuda dan sebaik terjatuh, dia melihat rumah dan kampung ghaib sebaliknya digantikan dengan semak belukar,” katanya.

Kes ketiga lebih menyedihkan. Seorang gadis meminta pertolongan Dr Jahid untuk memisahkannya daripada suaminya lelaki bunian. Beberapa tahun sebelum perkahwinan mereka, lelaki itu mendatangi gadis itu dan mengugut supaya mengahwininya atau gadis itu akan mengalami sakit misteri.

Gadis itu enggan menyebabkan dia diserang penyakit misteri selama dua tahun. Akibat tidak tahan menanggung kesakitan sehingga menyebabkannya lumpuh, gadis itu bersetuju berkahwin dengan lelaki bunian berkenaan.

Bantuan yang diminta daripada Dr Jahid bagaimanapun dibatalkan gadis itu dipercayai selepas diugut suami buniannya dan sehingga kini, tidak diketahui nasib wanita itu.

FAKTA

- Bunian tidak ditakrif dalam al-Quran tetapi keajaiban Allah sama seperti kejadian manusia kembar.

- Manusia yang bersahabat atau berkawan dengan bunian, menjatuhkan martabat mereka sebagai khalifah Allah.

- Tidak seperti jin yang boleh terbang dan memiliki kemampuan lain, Bunian hidup seperti manusia dengan berjalan kaki, bercucuk tanam cuma bezanya mereka tidak dilihat manusia walaupun hidup di alam yang sama.

- Bunian boleh menyakiti manusia secara ghaib tetapi bagi bunian yang mempelajari ilmu tertentu, mereka boleh menyakiti manusia secara fizikal.

- Rawatan digunakan Dr Jahid untuk merawat gangguan jin atau bunian adalah kaedah ketukan.
- Tanda-tanda seseorang diganggu bunian atau jin adalah berkelakuan pelik seperti melihat benda ghaib, berat badan kekal tetapi apabila diangkat terasa berat selain kesan aneh pada tubuh badan.

- Manusia tidak digalakkan berkawan dengan bunian kerana sukar diketahui sama ada bunian itu benar-benar beriman atau kafir.

- kaedah menjauhkan gangguan bunian atau jin adalah dengan menjaga ibadat wajib dengan sempurna selain memperbanyakkan ibadat sunat serta solat hajat, solat taubat dan berdoa.
diambil daripada http://hikmatun.wordpress.com/2007/01/08/misteri-manusia-boleh-lihat-bunian/

Saturday, May 2, 2009

Sebat atasi ketagih arak ? Berita Harian 30 Mac 2005


Sebat atasi ketagih arak ? Berita Harian 30 Mac 2005

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Wednesday/Dunia/20050330064646/...

MOSCOW: Ahli sains Russia mendakwa hukuman rotan ke atas punggung tanpa berlapik adalah penawar untuk setiap penyakit daripada tekanan perasaan sehinggalah kepada membuang tabiat meminum arak. Akhbar Izvestia melaporkan, penyelidik di Novosibirsk menyatakan, hukuman rotan merembeskan endorfin, bahan kimia semula jadi badan membuatkan seseorang menjadi gembira.

Endorfin menjadi punca perasaan girang, mengurangkan selera, mengeluarkan hormon seks dan meningkatkan tindak balas kekebalan. Mereka berkata, kesakitan itu mempunyai kesan yang hampir sama dengan morfin dan candu tetapi ia tidak mendorong kepada ketagihan atau pergantungan.

Ahli sains itu yang diketuai pakar Biologi, Dr Sergei Speransky, mendakwa hukuman rotan seperti yang sering dilakukan di sekolah Britain pada kurun sebelum ini berjaya membantu orang ramai mengatasi ketagihan atau tekanan.

Beliau yang bertugas di Institut Perubatan Novosibirsk berkata, rawatan itu terbukti berkesan. Ia tidak kejam sekurang-kurangnya itu adalah anggapan masyarakat lalu, tetapi saya menyokong hukuman itu. ? Agensi

Ahli sains itu mencadangkan terapi sebanyak 30 sesi membabitkan 60 kali rotan, ke atas punggung seseorang berbadan sederhana. Dr Marina Chuhrova yang turut serta dalam menyediakan laporan itu menyatakan, beliau sudah pun mempunyai 10 pesakit yang menjalani terapi itu.

"Pada mula mereka membantah tetapi apabila menyedari kebaikan tindakan itu, mereka pula yang meminta ia lakukan," katanya.

Pasukan perubatan Russia itu menyatakan mereka kini mengenakan caj untuk merotan pesakit dengan harga £57 (RM 342) , bagi sesuatu rawatan biasa.
London, Mar 30 (ANI): Russian scientists have claimed that beating on the naked buttocks with a cane can cure everything from drug abuse to alcohol addiction and from depression to suicidal tendencies.

The researchers at Novosibirsk said that caning releases endorphins, the body's natural 'happiness hormones', which lead to feelings of euphoria, a reduction of appetite, the release of sex hormones, an enhancement of the immune response and prevents drug and alcohol addiction.

"The treatment works. I'm not sadistic, at least not in the classical sense, but I do advocate caning," Fox News quoted lead researcher Dr Sergei Speransky as saying to Izvestia daily.The scientists recommend a standard treatment course of 30 sessions with 60 of the best, delivered on the buttocks by a person of average build.

Another researcher, Dr Marina Chuhrova, said that she had 10 patients she caned regularly. "At first they didn't like it, but when they started to feel the benefits they kept asking for more."The Russian team will now start charging for the caning sessions getting 57 pounds per patient for a standard treatment. (ANI)



Friday, May 1, 2009

PETA ke PRIM

Saturday, April 25, 2009

Jaguh Sukan Guna Jin


Monday, April 20, 2009

BIOGRAFI PENGASAS DAN PAKAR PRIM

BIOGRAFI TUAN GURU DR HJ JAHID BIN HJ SIDEK AL-KHALIDI

Dilahirkan pada 11 Februari, 1940 di Batu Pahat, Johor Darul Takzim. Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Darjah Khas Sekolah Agama Kerajaan Johor (1957). Kemudian beliau meneruskan pengajian ke Sekolah Arab Kluang Johor dan Kolej Islam Klang. Pada Tahun 1972 beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera daripada Universiti Malaya. Seterusnya beliau memperoleh Ijazah Sarjana MA dalam bidang Usul Fekah (1975) dan Ijazah Kedoktoran Ph.D daripada Universiti yang sama (1992) dalam bidang Usuluddin (Tasawwuf).

Beliau pernah menjawat jawatan sebagai Guru Agama Sekolah antara tahun 1964 – 1969 dan pernah pula dilantik sebagai Guru Penolong Kanan selepas mendapat ijazah pertama. Pada awal tahun 1974 beliau dilantik menjadi Pensyarah di Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sastera & Sains Sosial, Universiti Malaya; dan telah dilantik menjadi Profesor Madya tahun 1992 dan beliau telah bersara pada akhir tahun 1995, sebagai Pensyarah di Jabatan Dakwah & Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM).

Beliau telah bergiat aktif dalam masyarakat sebagai pemimpin Islam setempat dengan usaha membangunkan hal ehwal agama Islam seperti surau, masjid dan sekolah agama. Beliau telah dilantik sebagai Nazir Masjid Nurul Yaqin Kg Melayu Sri Kundang 1988 – 2006 dan Pengerusi Sekolah Rendah Agama 1988. Usaha dan kegigihan beliau dalam pengislahan masyarakat direalisasikan apabila dilantik sebagai Pengerusi Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia (BUDI) yang telah mengembangkan sayap bergerak di seluruh Malaysia dengan sokongan ahli persatuan yang aktif dalam pelbagai aktiviti berbentuk pendidikan dan kemasyarakatan.

Dalam bidang Rawatan @ Perubatan Secara Islam beliau telah berpengalaman selama 20 tahun dengan memperkenalkan kaedah rawatan menggunakan Teknik pukulan/tepukan/merotan (menggunakan ranting pokok nona), dzikrullah dan doa kepada pelbagai penyakit yang dialami pesakit. Kesungguhan beliau dalam membantu masyarakat terbukti dengan penubuhan Pusat Rawatan Islam MANARAH di Lorong Beringin, Kuang, Selangor Darul Ehsan. Dengan pengalaman yang diperolehi, beliau juga sebagai tempat rujukan orang ramai kerana ditemui pelbagai lapisan masyarakat bagi nasihat, tunjuk ajar serta bimbingan dalam pelbagai masalah yang dihadapi. Kepakaran dan pengalaman beliau dalam bidang Perubatan Secara Islam telah dimanfaatkan dengan menulis artikel, kertas kerja, dakwah dan membimbing orang ramai melalui media masa, seminar, ceramah dan kursus yang dianjurkan oleh pelbagai pihak.

Minatnya tentang tarekat dan tasawwuf yang cukup mendalam hingga mendorongnya untuk mengkaji, mempelajari dan mengamalkan tiga tarekat, iaitu Ahmadiyyah, Qadiriyyah dan Naqsyabandiyyah yang berpengaruh dan mempunyai murid yang ramai. Beliau juga adalah seorang Shaikh dalam Tariqah Naqsyabandiyyah Khalidiyyah yang memimpin amalan Khalwah/Uzlah/bersuluk sehingga sekarang di Madrasah Babul-Khayrat, Jalan Suka, Kampung Melayu Majidi, Johor Bahru dan di Madrasah Madinatul Ilmi di Jalan Pekan-Kuantan, Kuantan, Pahang, dan memimpin majlis dzikrullah@tawajjuh di beberapa tempat di seluruh Malaysia.

Dengan kefahaman, kepakaran dan pengamalan berhubung hal ehwal tarekat dan tasawwuf, beliau telah diberikan kepercayaan dan diamanahkan oleh Jabatan Mufti Negeri Sembilan sebagai Ahli Majlis Tariqah-Tariqah Sufiyah (Jalsah Turuq Sufiyah) di bawah Enakmen Tarekat Tasawwuf Negeri Sembilan pada Mac 2007. Yang antara lainnya bertujuan menasihati, memantau dan mengembalikan kedudukan dan perjalanan Tarekat dan Tasawwuf mengikut Al-Quran dan Sunnah.

Beliau telah menulis beberapa buah buku antaranya ialah Berpawang dan Bersahabat dengan Jin daripada Perspektif Islam, Tokoh-tokoh dan Peristiwa Penting Sejarah Islam, Strategi Menjawab Sejarah Islam, Dhiaul Iman Fi Thariq ar-Rahman (Terjemahan Kitab), Shaikh dalam Ilmu Tariqah, Kedudukan Qiyas Dalam Perundangan Islam, Membentuk Jiwa Sufi dan lain-lain. Beliau telah membentangkan lebih 50 kertas kerja untuk pelbagai seminar di peringkat antarabangsa, kebangsaan dan lain-lain, mengarang artikel ilmiah bagi ruangan akhbar “Perubatan Alternatif” dan lain-lain majalah.

Beliau sering diundang ke majlis-majlis Forum, Ceramah Umum, kuliah Subuh, Maghrib dan Kuliah Tengahari sehingga hampir setiap hari beliau memberikan kuliah/ceramah agama di Pejabat-pejabat kerajaan, swasta, masjid atau surau di seluruh Malaysia.


DI ANTARA TAJUK KERTAS KERJA DALAM BIDANG TASAWWUF

1. Perhimpunan Tarekat-Tarekat Seluruh Dunia, Tajuk: “PERKEMBANGAN TAREKAT NAQSYABANDIAH DI MALAYSIA” (Bahasa Arab), Anjuran: Kerajaan Libya, Tempat: Tripoli,
2. Seminar Perubatan Islam & Pemurnian Tasawwuf, Tajuk: “KEPENTINGAN TASAWWUF DALAM PENINGKATAN ILMU DAN AMAL” Anjuran: Persatuan Pelajar Mahasiswa Pahang Dewan Abbasiah Kaherah, Dengan Kerjasama Yayasan Pahang dan Jabatan Penuntut Malaysia di Kaherah Mesir. Tarikh: Mac 2007
3. Dalam Seminar Tasawwuf 2007, Tajuk: “PENYAKIT-PENYAKIT HATI: PUNCA DAN KAEDAH RAWATANNYA MENURUT PRINSIP TASAWWUF”, Anjuran: Jabatan Mufti Negeri Sembilan, Tarikh: 22 Disember, 2007.
4. Seminar Tasawwuf Kebangsaan, Tajuk: “DHIKRULLAH: ANTARA SUNNAH DAN BID’AH”, Anjuaran Jabatan Mufti Negeri Sembilan dengan Kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka. Tarikh: 9-10 Ogos, 2003.
5. Seminar Dakwah Tariqah Tasawwuf Antarabangsa, Tajuk: “SALAH FAHAM TERHADAP SHAIKH DAN MURID DALAM TAREKAT TASAWWUF”, Anjuran Bersama: Universiti Kebangsaan Malaysia Dan Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan, Tarikh: 17 – 19 Ogos 2002.
6. Simposium Peradaban Ilmu Dan Ketamadunan Islam (SPIKE '04). Tajuk: “HUBUNGAN TASAWWUF DENGAN SUNNAH, KEPENTINGAN DAN SUMBANGAN TOKOH-TOKOH SUFI DALAM PEMBINAAN TAMADUN” , Anjuran Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia (PMIUTM) Dengan Kerjasama Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Jabatan Agama Islam Johor (JAJ) ALUMNI UTM, Masjid Sultan Islam (MSI) Tarikh: 10 – 11hb. Januari, 2004.
7. Seminar Kefahaman Tasawwuf Dan Penghayatannya, Tajuk: “KEDUDUKAN DAN KEPENTINGAN TAREKAT DALAM ISLAM”, Anjuran: Anugerah HRM Consultant Sdn Bhd, Tarikh: 25 Mac, 2005.
8. Seminar Kefahaman Tasawwuf, Tajuk: “KEDUDUKAN TAREKAT DALAM ISLAM”, Anjuran Persatuan Mahasiswa Islam, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Tarikh: 25 Mac, 2006
9. Seminar Tasawwuf, Tajuk: “TAREKAT DAN TASAWWUF: MEHNAH DAN TRIBULASI” Anjuran: Persatuan Pelajar, Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Gombak.
10. Seminar Kefahaman Tasawwuf Islam, Tajuk: “KEPIMPINAN TAREKAT/TASAWWUF SATU PENJELASAN” Anjuran: Universiti Putra Malaysia (UPM)
11. Muzakarah Ulama’, Tajuk: “ILHAM, KASYAF DAN ILMU LADUNI MENURUT PANDANGAN AHLI TASAWWUF”, Anjuran: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Hotel Marriot Putrajaya.
12. Seminar Kefahaman Islam, Tajuk: “PERANAN MANHAJ SUFIYYAH KE ARAH TAZKIYAH AN-NAFS”, Anjuran: Sekretariat, Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM)
13. Seminar Solat, Tajuk: “SEMBAHYANG YANG KHUSYUK”, Anjuran: Masjid al-Falah USJ 9 Subang Jaya
14. Seminar Kepimpinan UM, Tajuk: “KEPENTINGAN AKHLAK ISLAMIAH DALAM KEPIMPINAN ISLAM”, Anjuran: Kolej Kediaman Kelima UM.
15. “AMALAN SULUK/KHALWAT DALAM TASAWWUF”
16. Dan lain-lain.

DI ANTARA TAJUK KERTAS KERJA DALAM BIDANG RAWATAN @ PERUBATAN ISLAM

1. Seminar Perubatan Islam & Pemurnian Tasawwuf, Tajuk: “JIN/SYAITAN: HUBUNGANNYA DENGAN PELBAGAI GANGGUAN KESIHATAN MANUSIA” Anjuran: Persatuan Pelajar Mahasiswa Pahang Dewan Abbasiah Kaherah, Dengan Kerjasama Yayasan Pahang dan Jabatan Penuntut Malaysia di Kaherah Mesir. Tarikh: Mac 2007.
2. Seminar Alam Misteri Dalam Budaya, Tajuk: “MENURUN: KEBENARANNYA MENURUT ISLAM” Anjuran Pejabat Muzium Etnologi Dunia Melayu, Jabatan Muzium & Antikuiti. Tarikh: 4 Julai 2002
3. Seminar Perubatan Tradisional Menurut Islam, Tajuk: “METODOLOGI PERUBATAN TRADISIONAL MELAYU MENURUT PERSPEKTIF ISLAM” Anjuran: Institut Latihan Dakwah Selangor (ILDAS) Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Sg Lang Sabak Bernam.
4. Seminar Mengubati Manusia Dan Alam Dengan Pendekatan Metafizik Islam. Tajuk: “KOMBINASI PUKULAN, DHIKRULLAH DAN DOA SATU KAEDAH PERUBATAN ISLAM YANG PENTING”, Anjuran: Persatuan Kebajikan Saviour Insan Selangor (PERKESAN), Tarikh: 25 Disember 2005
5. Seminar Rawatan Islam, Tajuk: “SAKA: KESAN DAN CARA MERAWATNYA”, Anjuran: IQ Insan Training & Consultancy Dengan Kerjasama Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta, Tarikh: 2 Februari 2008
6. Seminar Rawatan Sihir Menggunakan Al-Quran, Tajuk: “SIHIR: CIRI-CIRINYA, KAEDAH RAWATAN DAN AMALAN PENDINDING”, Anjuran IQ Insan Training & Consultancy Dengan Kerjasama Masjid Negara Kuala Lumpur. Tarikh: 5 Januari 2008.
7. 10 Siri Seminar Perubatan Islam, Kaedah TG Dr Hj Jahid Hj Sidek, Pusat Rawatan Islam MANARAH, Anjuran: Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia (BUDI) dengan kerjasama Pelbagai pihak dan agensi. Pengisian adalah berkisar tajuk dan soaljawab berkaitan masalah perubatan Islam.
8. Dan lain-lain.

JIN/SYAITAN: HUBUNGANNYA DENGAN PELBAGAI GANGGUAN KESIHATAN MANUSIA

PERBEZAAN ANTARA JIN DAN SYAITAN

JIN dan Syaitan kedua-duanya dijadikan oleh Allah SWT daripada api. Firman Allah SWT:

Maksudnya:
"Dan Kami jadikan jin sebelum Adam daripada api yang paling panas (lidah api)".
(Surah al-Hijr: ayat 27)

Syaitan adalah berasal daripada jin. Allah SWT berfirman:

Maksudnya:
”Dan (ingatlah peristiwa) tatkala Kami berfirman kepada malaikat: ”Sujudlah kamu kepada Adam; lalu mereka sujud melainkan Iblis; ia adalah berasal dari golongan jin, lalu ia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. Oleh itu, patutkah kamu hendak menjadikan Iblis dan keturunannya sebagai sahat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripadaKu? Sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. Amatlah buruknya bagi orang-orang yang zalim: pengganti yang mereka pilih itu.”
(Surah al-Kahfi: ayat 50)


Tajuk: JIN/SYAITAN: HUBUNGANNYA DENGAN PELBAGAI GANGGUAN KESIHATAN MANUSIA Pembentang oleh: YANG DIKASIHI TUAN GURU DR HJ JAHID BIN HJ SIDEK AL-KHALIDI, Di dalam: KURSUS PERUBATAN ISLAM, anjuran: PUSAT ISLAM, CANSELORI, UTeM, dengan kerjasama: PERSATUAN KEBAJIKAN BINA BUDI MALAYSIA (BUDI) pada tanggal: 09 APRIL, 2008 (RABU), bertempat di: DEWAN UTeM, KAMPUS INDUSTRI UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM). Segala penulisan adalah hak milik Dr Hj Jahid bin Hj Sidek al-Khalidi.


TUBUH JIN DAN SYAITAN

TUBUH JIN DAN SYAITAN

OLEH kerana asal kejadian jin dan syaitan daripada api maka jasad mereka hanya terdiri dari dua unsur iaitu api yang bersifat panas dan angin yang bersifat halus (yang tidak dapat dilihat tapi boleh dirasa). Berbeza dengan kejadian manusia yang terdiri daripada empat unsur; tanah, air, api dan angin.

Dari sudut kejadian tersebut menunjukkan manusia lebih baik dan lebih sempurna dari kejadian jin dan syaitan. Allah SWT berfirman:

Maksudnya:
”Sesungguhnya Kami ciptakan manusia itu sebaik-baik kejadian.”
(Surah at-Tiin: ayat 4)


Memang tepat sekali jika Allah menentukan manusia sebagai khalifah di muka bumi ini. Manusialah yang mengimarahkan dunia, menguasai daratan, lautan dan udaranya. Bila kita lihat dari sudut-sudut tersebut maka kedudukan manusia lebih baik, lebih mulia, lebih kuat dari jin dan syaitan.

Tajuk: JIN/SYAITAN: HUBUNGANNYA DENGAN PELBAGAI GANGGUAN KESIHATAN MANUSIA Pembentang oleh: YANG DIKASIHI TUAN GURU DR HJ JAHID BIN HJ SIDEK AL-KHALIDI, Di dalam: KURSUS PERUBATAN ISLAM, anjuran: PUSAT ISLAM, CANSELORI, UTeM, dengan kerjasama: PERSATUAN KEBAJIKAN BINA BUDI MALAYSIA (BUDI) pada tanggal: 09 APRIL, 2008 (RABU), bertempat di: DEWAN UTeM, KAMPUS INDUSTRI UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM). Segala penulisan adalah hak milik Dr Hj Jahid bin Hj Sidek al-Khalidi.

TEMPAT TINGGAL JIN DAN SYAITAN

TEMPAT TINGGAL JIN DAN SYAITAN

ALLAH SWT berfirman:

Maksudnya:
”Iblis nampak kamu dan juga golongannya (nampak kamu) sekira-kira kamu tidak nampak mereka.”
(Surah al-a’araaf:: ayat 27)

Mengapa manusia tidak nampak jin dan syaitan?. Bukan disebabkan jin dan syaitan berada di alam ghaib atau alam lain dari alam atau dunia ini, tetapi disebabkan tubuhnya halus seperti angin. Bagaimana kita tidak dapat melihat angin maka begitulah juga kita tidak dapat melihat jin dan syaitan, walaupun jin dan syaitan itu berada di depan mata kepala kita.

Menurut keterangan beberapa ayat al-Quran, syaitan dan jin tinggal di atas muka bumi ini.

Allah SWT berfirman:

Maksudnya:
”Ingatlah kamu ketika Kami berfirman: Turunlah kamu semua, kamu bermusuhan antara satu sama lainnya dan bagi kamu ada tempat tinggal dan kehidupan di atas muka bumi.”
(Surah al-Baqarah: Ayat 36)

Di mana rumah jin dan syaitan?. Dari keterangan yang dibuat oleh para ulama’, seperti Imam Sayuti dalam kitabnya, Ahkam al-Jan yang didasarkan kepada beberapa hadis Nabi SAW bahawa jin dan syaitan suka mendiami tempat-tempat kotor, seperti najis binatang, sampah sarap, dan sebagainya. Tubuh manusia juga adalah merupakan tempat yang disukai untuk dihuni oleh mereka, terutamanya bahagian yang busuk dan kotor, ketiak, punggung dan sebagainya. Jin dan Syaitan juga suka tinggal dalam air jampi para pawang, azimat, tangkal, sesuatu yang dipuja seperti keris, tongkat dan lain-lain. Demikian juga di rumah-rumah sembahan kafir, kuil, pagoda dan gereja.
Tajuk: JIN/SYAITAN: HUBUNGANNYA DENGAN PELBAGAI GANGGUAN KESIHATAN MANUSIA Pembentang oleh: YANG DIKASIHI TUAN GURU DR HJ JAHID BIN HJ SIDEK AL-KHALIDI, Di dalam: KURSUS PERUBATAN ISLAM, anjuran: PUSAT ISLAM, CANSELORI, UTeM, dengan kerjasama: PERSATUAN KEBAJIKAN BINA BUDI MALAYSIA (BUDI) pada tanggal: 09 APRIL, 2008 (RABU), bertempat di: DEWAN UTeM, KAMPUS INDUSTRI UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM). Segala penulisan adalah hak milik Dr Hj Jahid bin Hj Sidek al-Khalidi.

JENIS-JENIS SYAITAN

JENIS-JENIS SYAITAN

1) Syaitan anak cucu iblis.

2) Syaitan daripada jin. (Maknanya jin yang sudah jadi jahat dan jadi iblis).

3) Syaitan daripada manusia.


Maksudnya:
”Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. Dan jika Tuhanku menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. Oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu.”

(Surah al-An’aam: ayat 112)

Tajuk: JIN/SYAITAN: HUBUNGANNYA DENGAN PELBAGAI GANGGUAN KESIHATAN MANUSIA Pembentang oleh: YANG DIKASIHI TUAN GURU DR HJ JAHID BIN HJ SIDEK AL-KHALIDI, Di dalam: KURSUS PERUBATAN ISLAM, anjuran: PUSAT ISLAM, CANSELORI, UTeM, dengan kerjasama: PERSATUAN KEBAJIKAN BINA BUDI MALAYSIA (BUDI) pada tanggal: 09 APRIL, 2008 (RABU), bertempat di: DEWAN UTeM, KAMPUS INDUSTRI UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM). Segala penulisan adalah hak milik Dr Hj Jahid bin Hj Sidek al-Khalidi.

KEJADIAN JIN ADA 3 JENIS

KEJADIAN JIN ADA 3 JENIS

BANYAK hadith-hadith nabi yang menyebutkan tentang jenis-jenis kejadian jin. Salah satu hadith menyebutkan.
 
Maksudnya:
“Allah jadikan jin itu 3 bentuk seperti anak adam seperti binatang dan seperti angin di ruang udara yang luas.”

Yang berupa manusia itu bermacam-macam jenisnya. Begitu juga ilmu, kekuatan dan kebolehan mereka juga berbeza-beza.

Antara jin yang kuat seperti disebutkan dalam al-Quran ialah ”Ifrit” disebut dalam al-Quran:

Maksudnya:
”Berkatalah Ifrit dari golongan jin: ”Aku akan membawakannya kepadamu sebelum engkau bangun dari tempat dudukmu, dan sesungguhnya aku amatlah kuat gagah untuk membawanya, lagi amanah.”
(Surah an-Naml: Ayat 39)
Tajuk: JIN/SYAITAN: HUBUNGANNYA DENGAN PELBAGAI GANGGUAN KESIHATAN MANUSIA Pembentang oleh: YANG DIKASIHI TUAN GURU DR HJ JAHID BIN HJ SIDEK AL-KHALIDI, Di dalam: KURSUS PERUBATAN ISLAM, anjuran: PUSAT ISLAM, CANSELORI, UTeM, dengan kerjasama: PERSATUAN KEBAJIKAN BINA BUDI MALAYSIA (BUDI) pada tanggal: 09 APRIL, 2008 (RABU), bertempat di: DEWAN UTeM, KAMPUS INDUSTRI UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM). Segala penulisan adalah hak milik Dr Hj Jahid bin Hj Sidek al-Khalidi.

KEKUATAN DAN KEBOLEHAN JIN DAN SYAITAN

KEKUATAN DAN KEBOLEHAN JIN DAN SYAITAN

RATA-RATA manusia beranggapan jin dan syaitan mempunyai kekuatan dan kebolehan luar biasa yang mengatasi keupayaan manusia. Anggapan ini adalah salah. Dalam kisah yang terkenal mengenai Nabi Sulaiman (a.s.) membuktikan manusia lebih hebat dari jin Ifrit. Mengapa jin dan syaitan jadi pekerja Nabi Sulaiman (a.s.)?.

Anggapan manusia yang lebih jauh kesilapannya ialah anggapan bahawa jin dan syaitan tahu perkara-perkara yang ghaib, kejadian-kejadian yang telah berlaku, sedang berlaku dan yang akan berlaku. Inilah yang mendorongkan para pawang, bomoh, tukang tilik bersahabat dengan mereka (jin dan syaitan) dengan tujuan agar mereka (para pawang dan lain-lain itu) dapat melakukan tilikan ramalan yang diperlukan oleh orang ramai.

Jin dan syaitan dapat mengetahui perkara yang telah berlaku, akan berlaku, sedang berlaku dari perbualan para malaikat yang ada di sekitar kawasan di bawah langit pertama dan juga di muka bumi ini. Syaitan Marid tidak boleh naik ke langit lagi sesudah Nabi Muhammad dilahirkan. Allah SWT berfirman:


Maksudnya:
”Dan (Kami pelihara urusan langit itu) dengan serapi-rapi kawalan dari (masuk campur) tiap-tiap syaitan yang derhaka. Dengan itu mereka tidak dapat memasang telinga mendengar (percakapan malaikat) penduduk langit, dan mereka pula direjam (dengan api) dari segala arah dan penjuru. Untuk mengusir mereka; dan mereka pula beroleh azab seksa yang tidak putus-putus.”
(Surah as-Saaffaat: Ayat 7-8)

Sebenarnya jin dan syaitan tidak tahu yang ghaib, kecuali jin-jin tertentu yang selalu memohon kepada Allah. Kerana itu jin-jin yang menjadi sahabat manusia misalnya, pawang tidak tahu di mana simpulan sihir ditanam.

Jin dan iblis itu sebenarnya tidak tahu yang ghaib. Seperti yang berlaku jin-jin nabi Allah Sulaiman tidak tahu nabi Sulaiman telah meninggal dunia (wafat) sehinggalah tongkatnya reput dimakan anai-anai. Firman Allah SWT:


Maksudnya:
”Setelah Kami tetapkan berlakunya kematian Nabi Sulaiman, tidak ada yang menunjukkan kepada mereka tentang kematiannya melainkan semut putih (anai-anai) yang telah memakan tongkatnya. Maka apabila ia tumbang, ternyatalah kepada golongan jin itu, bahawa kalaulah mereka sedia, mengetahui perkara yang ghaib, nescaya mereka tidak tinggal sedemikian lamanya di dalam azab (kerja berat) yang menghina.”
(Surah Saba’: Ayat 14)

Sebahagian daripada jin itu setengahnya bodoh, lebih bodoh daripada manusia. Contohnya:

1) Jin dihambakan oleh manusia dengan pelbagai suruhan.

2) Jin ditipu oleh manusia, contohnya: Jin disuruh menunggu tumbuhnya sesuatu benda yang mustahil akan tumbuh misalnya, batu atau kacang hijau atau bijian yang telah digoreng.

Tolong menolong antara jin dan manusia memang berlaku. Tetapi tolong menolong itu dilarang oleh Allah SWT. Allah berfirman:

Maksudnya:
”Dan (ingatlah) hari (kiamat yang padanya Allah akan himpunkan mereka semua, (lalu berfirman): ”Wahai sekelian jin! (Syaitan-syaitan), sesungguhnya kamu telah banyak pengikut-pengikut daripada manusia.” Dan berkatalah pula pengikut-pengikut mereka dari golongan manusia: ”Wahai Tuhan kami, sebahagian dari kami (manusia) telah bersenang-senang (mendapat kemudahan) dengan sebahagian yang lain (syaitan-syaitan), dan kami telah sampailah kepada masa kami (hari akhirat) yang Engkau tentukan bagi kami.” (Allah berfirman): Nerakalah tempat kediaman kamu, kekal kamu di dalamnya, kecuali apa yang dikehendaki Allah”. Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui.”
(Surah al-An’aam: Ayat 128)

Syaitan menjadi musuh manusia, begitu juga jin-jin yang jahat. Tetapi permusuhan mereka dengan cara persahabatan. Disebut di dalam al-Quran ”Tazzyin”, yang salah diperlihatkan betul, yang buruk diperlihatkan cantik dan sebagainya.

Dalam al-Quran semua manusia Allah jadikan mangsa tipu daya iblis, kecuali orang-orang yang ikhlas. Mereka yang bersahabat dengan jin dan iblis sebenarnya telah tertipu dan terpedaya.
Tajuk: JIN/SYAITAN: HUBUNGANNYA DENGAN PELBAGAI GANGGUAN KESIHATAN MANUSIA Pembentang oleh: YANG DIKASIHI TUAN GURU DR HJ JAHID BIN HJ SIDEK AL-KHALIDI, Di dalam: KURSUS PERUBATAN ISLAM, anjuran: PUSAT ISLAM, CANSELORI, UTeM, dengan kerjasama: PERSATUAN KEBAJIKAN BINA BUDI MALAYSIA (BUDI) pada tanggal: 09 APRIL, 2008 (RABU), bertempat di: DEWAN UTeM, KAMPUS INDUSTRI UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM). Segala penulisan adalah hak milik Dr Hj Jahid bin Hj Sidek al-Khalidi.

CARA SYAITAN DAN JIN MENGUASAI DAN MENIPU MANUSIA

CARA SYAITAN DAN JIN MENGUASAI DAN MENIPU MANUSIA

1) Dari luar badan – Peringkat permulaannya.

2) Masuk ke dalam tubuh badan melalui saluran darah dan urat-urat yang besar – Peringkat Serius

Mereka yang dimasuki oleh syaitan dan jin adakala sedar seperti biasa. Adakalanya sampai peringkat tidak sedar. Yang tidak sedar dalam al-Quran disebut majnun orang terkena jin.

Nabi bersabda maksudnya: "Sesungguhnya syaitan itu berjalan berlari-lari di dalam pembuluh darah anak adam".

Berbagai ilmu tipu daya syaitan melalui berbagai ilmu dan amalan yang salah tetapi diperlihatkan oleh iblis dan jin-jin yang jahat seperti benar misalnya: Menggunakan ayat al-Quran, nama-nama wali, ulama’, nama pahlawan-pahlawan (Tok Janggut, Hang Tuah dan lain-lain). Nama ahli-ahli Tasawwuf (Sheikh Abdul Qadir Jilani), nabi-nabi dan Rasul-Rasul (nabi Khidir dan lain-lain).

Menerusi berbagai ilmu ini, maka orang yang terlibat itu akan memperolehi kebolehan luar biasa seolah-olahnya seperti karamah walaupun sebenarnya bukan karamah, tetapi tipu daya jin.

Tajuk: JIN/SYAITAN: HUBUNGANNYA DENGAN PELBAGAI GANGGUAN KESIHATAN MANUSIA Pembentang oleh: YANG DIKASIHI TUAN GURU DR HJ JAHID BIN HJ SIDEK AL-KHALIDI, Di dalam: KURSUS PERUBATAN ISLAM, anjuran: PUSAT ISLAM, CANSELORI, UTeM, dengan kerjasama: PERSATUAN KEBAJIKAN BINA BUDI MALAYSIA (BUDI) pada tanggal: 09 APRIL, 2008 (RABU), bertempat di: DEWAN UTeM, KAMPUS INDUSTRI UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM). Segala penulisan adalah hak milik Dr Hj Jahid bin Hj Sidek al-Khalidi.

PANDUAN PENTING UNTUK MEMBEZAKAN KARAMAH DENGAN PERBUATAN JIN DAN IBLIS

PANDUAN PENTING UNTUK MEMBEZAKAN KARAMAH DENGAN 
PERBUATAN JIN DAN IBLIS

1) Karamah – merupakan kurniaan Allah, pertolongan Allah, tidak dapat dirancang, tidak disangka-sangka atau diprogramkan. Tetapi perbuatan Iblis dan Syaitan boleh dirancang dan diprogramkan.

2) Karamah berlaku sekali sekala dalam hidup seseorang itu hanya mungkin beberapa kali tetapi perbuatan iblis dan jin sentiasa boleh. Contohnya: sentiasa kasyaf, sentiasa kebal, sentiasa kuat dan sebagainya.

Tajuk: JIN/SYAITAN: HUBUNGANNYA DENGAN PELBAGAI GANGGUAN KESIHATAN MANUSIA Pembentang oleh: YANG DIKASIHI TUAN GURU DR HJ JAHID BIN HJ SIDEK AL-KHALIDI, Di dalam: KURSUS PERUBATAN ISLAM, anjuran: PUSAT ISLAM, CANSELORI, UTeM, dengan kerjasama: PERSATUAN KEBAJIKAN BINA BUDI MALAYSIA (BUDI) pada tanggal: 09 APRIL, 2008 (RABU), bertempat di: DEWAN UTeM, KAMPUS INDUSTRI UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM). Segala penulisan adalah hak milik Dr Hj Jahid bin Hj Sidek al-Khalidi.

KUMAN DAN VIRUS ADALAH JIN

KUMAN DAN VIRUS ADALAH JIN

PENULIS sangat yakin terhadap kebenaran pandangan dua orang ulamak Mesir, Syeikh Mohd Abduh dan muridnya Syeikh Saiyid al-Reda bahawa jin yang begitu dikenal dalam Islam yang hidup dan bertubuh halus itu adalah kuman dan virus seperti yang dikenali dalam perubatan barat. Syeikh Saiyid al-Reda menyebutkan pandangnnya mengenai jin dalam kitab tafsirnya, al-Manar dengan katanya: 

والمتكلمون يقولون: ان الجن أجسام حية خفية لا ترى, وقد قلنا في المنار غير مرة: انه يصح أن يقال: ان الاجسام الحية الخفية التى عرفت في هذا العصر بواسطة النظرات المكبرة وتسمى بالمكروبات, يصح أن يكون نوعا من الجن, وقد ثبت أنها علل لاكثر الأمراض:

Maksudnya: 
“Dan ahli ilmu kalam (Tauhid) berkata, sesungguhnya jin itu adalah (kejadian Allah) yang bertubuh halus dan hidup yang tidak boleh dilihat. Sesungguhnya telah pun kita katakan berkali-kali dalam kitab Tafsir al-Manar bahawa boleh disebutkan (kejadian Allah) yang hidup, bertubuh halus yang dapat dipastikan dan dikenal di zaman ini menerusi mikroskop sebagai virus itu adalah sebenarnya sejenis jin. Dan telah diketahui secara pasti ianya adalah merupakan punca bagi kebanyakan penyakit”. 

(Rujukan halaman 585, al-Tafsir wa al-Mufassirun) 


JIN BOLEH MASUK KE TUBUH KITA DENGAN 5 SEBAB

JIN BOLEH MASUK KE TUBUH KITA DENGAN 5 SEBAB

1) Saka atau keturunan

2) Ilmu Salah yang dituntut atau diamalkan

3) Disihir orang

4) Masuk sendiri kerana disukai jin atau dimarahi

5) Selalu dekat atau berubat dengan pawang, bomoh atau dukun yang mempunyai jin.

PERASAAN DAN SIFATNYA:

PERASAAN DAN SIFATNYA:

1) Marah 5) Cakap tak betul
2) Murung 6) Sentiasa berfikir yang bukan-bukan
3) Putus asa 7) Malas
4) Susah nak tidur

TANDA FIZIKAL PADA TUBUH:

1) Panas
2) Sebahagian panas atau sejuk
3) Bila dipegang sakit
4) Pandangan mata kabur atau tidak terang
5) Anggota menggeletar
6) Anggota menjadi berat atau kaku
7) Pening kepala
8) Bengkak pada sebahagian anggota tertentu
9) Keras pada bahagian tertentu
10) Urat-urat tegang
11) Makan tidak selera atau makan banyak
12) Sendi-sendi sakit
13) Rasa nak muntah
14) Pening ”Migrain”
15) Terdengar bisikan atau nampak-nampak

CARA PENCEGAHAN

CARA PENCEGAHAN

PENCEGAHAN daripada di hampiri oleh iblis, syaitan dan jin. Allah SWT berfirman di dalam al-Quran:

 Maksudnya:
”Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan sesuatu pasukan (musuh) maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya, dan sebutlah serta ingatlah Allah (dengan doa) banyak-banyak, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).”
(Surah al-Anfaal: Ayat 45)

Amalan-amalan lain dijaga, dipelihara dan ditingkatkan. Antara amalan-amalan tersebut ialah:

1) Memperbanyakkan sembahyang

2) Memperbanyakkan berdoa

3) Memperbanyakkan membaca al-Quran

4) Sentiasa membersihkan badan



PENGUBATAN ATAU RAWATAN

PENGUBATAN ATAU RAWATAN

BERDASARKAN pengalaman, dengan 5 cara atau sebab jin boleh masuk ke dalam tubuh kita, ia akan membawa pelbagai penyakit seperti pening kepala (migrain), sakit perut seperti gastric atau ulcer, gaout, buasir, berbagai penyakit mata, pendengaran, kudis dan pelbagai penyakit kulit, busung, barah, lumpuh stroke, lemah jantung, darah tinggi, terlalu gemuk atau kurus, lemah-lemah sendi atau badan, was-was, IQ lemah, kuat tidur, tak boleh tidur, ketagihan, membunuh, mengamuk, menangis, selalu demam, takut sejuk dan lain-lain lagi.

Rawatan yang digunakan, sebaik-baiknya ikut kaedah Rasulullah SAW dan setengah ulama’-ulama’ Islam.

Sebahagian rawatan atau kaedah nabi ialah Nabi memukul atau menepuk orang sakit dirasuk jin dengan menggunakan tangan ke bahagian-bahagian badan tertentu. Nabi juga menggunakan serbannya memukul kepada orang yang dirasuk jin.

Ulama’ Islam ada yang menggunakan tongkat dengan memukul pesakit yang dirasuk jin iaitu Ibnu Taimiyah. Imam Ahmad Hanbal menggunakan terompah kayu untuk mengubati pesakit yang dirasuk. 




Monday, April 6, 2009

KHASIAT POKOK NONA


BUAH NONA

Famili : Annonaceae

Nama Latin : Annona reticulata

Nama Indonesia : Mulwo, Binoa, Manowa

Kawasan / asal : Secara semulajadi ia terdapat di Amerika Tengah seperti Indies Barat. Ia dibawa ke Timur pada waktu yang sangat awal, kemungkinan di bawa dari Spaniards dan kini ia telah membiak dan di jadikan tananman di Timur seperti di negara Indonesia dan Malaysia.

Ciri- ciri fizikal : Ia mempunyai batang yang berpokok dimana tingginya sekitar 3-7 meter. Semua bahagian pokoknya mempunyai bau yang kuat apabila ia terluka atau lebam. Daunnya berbentuk bujur dan agak lembik di hujung tepinya manakala bunga adalah dalam "short inflorescences". Buahnya berbentuk seperti sfera, berdiameter 5-12 cm. Isinya bewarna putih kotor. Ia mempunyai biji yang bewarna coklat kehitaman. Pokok Nona mudah dikenali dimana buahnya hampir menyerupai buah Srikaya. Buahnya bewarna coklat kemerahan. Di beberapa tempat ia dikenali sebagai Srikaya biru hijau, berbintil-bintil dan buah Sirsak berduri; dengan rasa yang sangat sedap dan spesifik.

Nilai Ubatannya : kulitnya boleh digunakan sebagai astrigen (ubat yang boleh mengecutkan kulit) yang digunakan untuk menyembuhkan penyakit diarrhoea (cirit- birit) dan dysentry (cirit-birit berdarah). Caranya ialah dengan mengambil sedikit kulit bersaiz lebih kurang dua jari dan dimasak dengan 400 cc air sehinggalah air itu tinggal hanya 50% dan di minum sebanyak tiga kali. Bagi kegunaan luaran pula, kulitnya boleh menjadi penawar demam yang tiba-tiba serta untuk melawaskan pundi kencing. Daunnya adalah ubat untuk merawat bisol. Bijinya juga mempunyai nilai ubatan dimana ekstrak bijinya juga boleh digunakan untuk merawat cirit-birit. kulitnya mempunyai tannin (asid yang diperolehi daripada beberapa jenis pokok dan digunakan untuk menyamak kulit) dan Alkaloid Anonaine (juga boleh didapati pada kulit Srikaya). Akarnya adalah beracun dan mungkin boleh membawa maut kepada manusia. Daunnya mengandungi getah toksik yang boleh bertindak seperti dadah. Kulitnya mengandungi dua alkaloid iaitu Murinine dan Muricine, manakala bijinya juga mengandungi alkaloid dan daunnya mempunyai minyak perlu, Resin potasium klorida, tannin dan sedikit alkaloid.
(Disalin daripada http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s3_99/ibrahima.htm)


ANNONA SQUAMOSA

Famili : Annonaceae

Nama Tempatan : Nona/Srikaya

Kegunaan/Kaedah Penggunaan

Daun pokok nona ini boleh direbus dan diminum bagi mengatasi masalah mual-mual, sengal-sengal tulang, batuk dan selsema. Daunnnya boleh ditumbuk dan digunakan bagi mencuci rambut untuk mengatasi masalah sakit kulit terutamanya bisul.

Kulit buah tumbuhan ini boleh direbus dan diminum bagi menyembuhkan demam dan cirit birit . Manakala air rebusan akarnya boleh digunakan sebagai julap dan juga mengatasi masalah sakit tulang belakang dan sakit pinggang.

Biji buahnya boleh ditumbuk dan disapu bagi mengatasi masalah sakit sendi dan juga membunuh kutu pada rambut. Bijinya mempunyai kesan toksik dan tidak boleh dimakan.
(disalin daripada http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s2_99/a58700.htm)

ARTIKEL "SAKA" - MAJALAH ANIS




Saturday, April 4, 2009

KAEDAH RAWATAN / PERUBATAN DI PRIM

REFLEKSOLOGI ISLAM

Kita bukan hanya pernah mendengar, tetapi juga telah mengetahui sedikit sebanyak mengenai kaedah perubatan refleksologi. Besar kemungkinannya ada di antara kita yang pernah menyaksikan dan menerima khidmat rawatan kaedah refleksologi. Pada asasnya kaedah rawatan refleksologi menggunakan tekanan bahagian-bahagian tubuh tertentu dengan benda-benda yang keras, kayu, tanduk dan sebagainya lagi. Pesakit yang sedang menerima raatan akan merasa sakit sangat. Kadang-kadang pesakit terasa tidak tertanggung sama sekali.

Perubatan refleksologi tersebut berasal dari negeri China, tetapi mula dikembangkan dan dipopularkan oleh seorang bangsa Swiss, Dr Hedi Masafret yang terkenal dengan polikliniknya “Center For Fitness Training”. Kemudian kaedah ini terus tersebar ke merata dunia.

Kaedah perubatan Refleksologi Islam adalah berasal dari al-Qur’an dan al-Sunnah yang kemudiannya diadun dan dirumuskan menjadi salah satu kaedah perubatan tradisional Islam yang sangat istimewa dan dapat membantu menyembuhkan berbagai penyakit dengan segera, berkesan dan tidak membebankan kos yang tinggi.

Bagaimanapun istilah “Refleksologi” itu sahaja kita sengaja pinjam, tanpa kaedah-kaedah rawatannya. Kalau terdapat ada ciri persamaannya itu secara kebetulan sahaja.

Kaedah perubatan refleksologi Islam merangkumi ciri-ciri yang di sebutkan di bawah ini. Ciri-ciri tersebut dengan sendirinya dapat membezakan antara kaedah refleksologi biasa dengan refleksologi Islam.

1) ASAS UTAMA REFLEKSOLOGI ISLAM IALAH KEBERSIHAN ZAHIR DAN BATIN. Pada zahir berdasarkan syariat Islam yang sebenar. Pada batin mengikut akidah Ahli Sunnah wa Jama’ah. Akidah Ahli Sunnah wa Jama’ah memandang adanya tiga hubungan iaitu sabab ( سبب ), musabbab ( مسبَّب ) dan musabbib ( مسبِّب ). Misalnya ubat dan rawatan adalah sebab, sembuh penyakit yang diubati adalah musabbab. Kehendak, ketentuan dan kekuasaan Allah yang menyembuhkan penyakit itu adalah musabbib al-Asbab. Allah berfirman:

Maksudnya: “Kalaulah ada sesuatu bacaan yang dengan sebabnya gunung-gunung pecah bergerak dari tempatnya atau dengan sebabnya bumi terbelah atau dengan sebabnya orang yang telah mati boleh bercakap, bahlkan segala urusan tersebut hanya bagi Allah”.
(Surah al-Ra’d: ayat 31)

2) SELARAS DENGAN ASAS YANG DISEBUTKAN DI ATAS MAKA REFLEKSOLOGI ISLAM INI DIPERKASAKAN LAGI DENGAN SEMBAHYANG SUNAT TAUBAT DAN SUNAT HAJAT. Dalam sembahyang sunat taubat, keampunan dari Allah diminta semoga Allah ampunkan semua dosa pesakit dan dosa-dosa diri, biar macam mana banyak dan besarnya dosa yang dilakukan. Dalam sembahyang hajat diharapkan agar segerakan dan permudahkan sembuh penyakit yang ditanggung oleh pesakit.

3) PUKULAN DAN KETUKAN SECARA PERLAHAN-LAHAN DENGAN RANTING KAYU YANG KECIL DARI POKOK BUAH NONA.

4) TEPUKAN TAPAK TANGAN SECARA PERLAHAN-LAHAN.

5) TEKANAN HUJUNG RANTING KAYU NONA YANG DIGUNAKAN MENGETUK, MEMUKUL ATAU TEKANAN IBU JARI TANGAN yang lain atau menggunakan biji lada hitam, limau nipis atau bawang besar.

6) TARIKAN KULIT TUBUH ATAU ANGGOTA PESAKIT, PICITAN BAHAGIAN-BAHAGIAN TERTENTU TUBUH PESAKIT DENGAN TANGAN.

7) MELUMURKAN ANGGOTA YANG AKAN DIRAWAT DAN SESUDAH DIRAWAT DENGAN AIR CUKA YANG TELAH DISEBATIKAN DENGAN GARAM HALUS DAN AIR DOA.

8) MEMANDIKAN PESAKIT YANG TELAH DIRAWAT DENGAN AIR BIASA. KEMIDIAN DIBILAS DENGAN MANDIAN AIR BATU YANG DICAMPUR DENGAN AIR PERAHAN LIMAU NIPIS.

9) DISEBATIKAN DENGAN IRINGAN DHIKRULLAH, DOA DAN BACAAN AYAT-AYAT AL-QURAN KETIKA MELAKUKAN RAWATAN YANG BIASANYA DIBACA DALAM HATI ATAU PERLAHAN-LAHAN.

Segala hak cipta penulisan ilmiah yang terkandung di dalam blog ini adalah hak milik Shaikh Dr Hj Jahid bin Hj Sidek al-Khalidi. Tidak dibenarkan mengambil mana-mana tulisan di atas melainkan mendapat kebenaran daripada beliau.

SUMBER REFLEKSOLOGI ISLAM

SUMBER REFLEKSOLOGI ISLAM

Sumber kaedah Refleksologi Islam ialah Qu’ran dan Sunnah. Di sini kita sebutkan beberapa ayat Qur’an dan hadis yang berkaitan.

Allah SWT berfirman:

Maksudnya: “Jika Allah menimpakan kamu sesuatu bahaya maka tidak ada siapa pun yang boleh menghapusnya kecuali Dia (Allah). Dan jika Dia (Allah) menghendaki kamu beroleh sesuatu kebaikan, maka tiada siapa pun yang boleh menghalang limpahan kurnianya itu”.
(Surah Yunus: ayat 107)

Allah SWT berfirman:

Maksudnya: “(Nabi Ibrahim a.s. berkata); Dan bila aku sakit maka Dia (Allah) yang menyembuhkan penyakitku”.
(Surah al-Shu`araa’: ayat 80)

Selain dari dua ayat tersebut, terdapat banyak lagi ayat yang menegaskan bahawa penyakit dan sembuhnya adalah berasal dari Allah semata-mata. Adapun mandi ais bila pesakit telah siap dirawat adalah didasarkan perintah Allah kepada Nabi Ayub a.s. seperti yang disebut dalam firmanNya:

Maksudnya: “(Ingatlah peristiwa) hamba Kami (Nabi) Ayub ketika dia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: “Sesungguhnya aku diganggu oleh syaitan dengan kepayahan dan seksaan (penyakit). (Maka Kami kabulkan doanya serta Kami perintahkan kepadanya): “Hentakkanlah kakimu (ke bumi). (Setelah dia melakukannya maka terpancarlah air, lalu Kami berfirman kepadanya): “Inilah air sejuk untuk mandi dan untuk minum (bagi menyembuhkan penyakitmu)”.
(Surah Sad: ayat 41-42)

Mengenai kaedah ketukan atau pukulan pula adalah didasarkan kepada hukuman sebatan yang memang terkenal dalam Islam. Orang yang berzina yang belum nikah, bila telah sabit kesalahannya dikenakan sebatan 100 kali. Allah berfirman:

Maksudnya: “Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina hendaklah kamu sebat setiap seorang daripada kedua-duanya seratus kali sebatan, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman”.
(Surah al-Nur: ayat 2)

Demikian juga hukuman yang dikenakan ke atas orang yang membuat tuduhan zina yang tidak dapat membuktikan kebenaran tuduhannya dengan empat orang saksi ialah sebatan rotan 80 kali. Allah berfirman:

Maksudnya: “Dan orang-orang yang melimparkan tuduhan zina kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian ia tidak dapat mengadakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka dengan lapan puluh kali sebatan. Dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Mereka Itulah orang-orang yang fasik”.
(Surah al-Nur : ayat 4)

Walaupun hukuman pukulan rotan itu pada zahirnya untuk menyiksa atau menimpakan azab yang setimpal dengan kejahatan yang mereka lakukan itu, namun jika kita telitikan secara mendalam nescaya ada hikmah dan rahsia lain yang tersembunyi. Perbuatan zina dan tuduhan zina secara melulu adalah sangat luar biasa bagi orang yang beriman. Perbuatan yang luar biasa itu membuktikan ada sesuatu dorongan dalam diri orang yang melakukannya. Sesuatu yang mendorong orang tersebut ialah syaitan. Syaitan telah masuk ke tubuh mereka lalu mendorongkan mereka melakukan perbuatan yang luar biasa itu. Dengan hukuman pukulan rotan akan dapat menimpakan seksa atau azab ke atas mereka dan juga syaitan yang telah meresap ke dalam tubuh mereka. Syaitan itu akan merasa azabnya dan akan keluar dari tubuhnya.

Menerusi pengalaman mengubat orang yang ketagihan zina, membuktikan kebenaran yang tersebut. Semua orang yang terlibat dengan kegiatan zina didapati ada syaitan di kedua-dua punggung mereka. Bila diketuk di bahagian punggung, maka syaitan akan keluar dan orang tersebut tidak lagi melakukan zina. Pernah berlaku, syaitan yang baru keluar dari punggung orang yang sedang diberi rawatan masuk pula ke tubuh seorang pemuda yang berada di bilik rawatan. Pemuda itu terus bertukar perangai dan bercakap mencarut sehingga ia hendak merogol emak dan kakaknya yang berada berdekatan.

Adapun sumber daripada Sunnah diriwayatkan daripada ‘Abdullah bin ‘Amir bin Rabi’ah daripda ayahnya berkata: “Saya bersama Sahl bin Hanif pergi mencari arak. Kemudian kami memperolehinya. Salah seorang daripada kami merasa malu untuk mandi ke sungai apabila ada yang melihatnya. Apabila mandi, dia menyelinap masuk ke dalam air. Saya memerhatikannya dan tingkahlakunya didapati sangat menghairankan. Dia sedikit pun tidak menyahut panggilan saya ketika memanggilnya. Ini menyebabkan saya menyangka dia telah terkena gangguan jin. Dengan segara saya menemui Rasulullah s.a.w. memberitahunya. Apabila dia datang Rasulullah s.a.w. memukul dadanya kemudian berdoa, “Ya Allah, hilangkanlah kepanasan gangguan itu, kesejukannya dan kesan buruknya”. Kemudian baginda bersabda: “Bangunlah, lalu dia bangun dalam keadaan sihat. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila ada di kalangan kamu mendapati berlaku pada diri, harta atau keluarga kamu perkara pelik, hendaklah segera memohon keberkatan daripada Allah. Ini kerana gangguan al-‘Ain memang benar berlaku.”
Segala hak cipta penulisan ilmiah yang terkandung di dalam blog ini adalah hak milik Shaikh Dr Hj Jahid bin Hj Sidek al-Khalidi. Tidak dibenarkan mengambil mana-mana tulisan di atas melainkan mendapat kebenaran daripada beliau.

MENGAPA DIPINJAM ISTILAH REFLEKSOLOGI

MENGAPA DIPINJAM ISTILAH REFLEKSOLOGI

Istilah refleksologi diguna pakai dalam kaedah perubatan tradisional Islam ini, semata-mata untuk memudahkan orang ramai memahami dan menerimanya. Bukan hanya mudah memahami kaedahnya sahaja tetapi juga mudah menerima berbagai perkara yang berkaitan dengannya. Misalnya, keberkesanan rawatan yang diberikan dalam menyembuh penyakit, rasa sakit yang mesti ditanggung oleh pesakit dengan yakin, tabah dan sabar, berbagai teknik rawatannya, kebenarannya dan sebagainya lagi.

Jika digunakan istilah pukulan atau ketukan atau sebatan, tentu akan menimbulkan masalah bagi mereka yang kali pertama mendengarnya. Istilah-istilah tersebut pernah dipakai dan memang menimbulkan berbagai persoalan bagi pesakit yang baru mendengarnya. Sekurang-kurangnya mereka menyangka pukulan atau sebatan itu tentu kuat dan tentu menyakitkan yang mungkin mereka tidak akan tertanggung. Ada juga mereka yang membayangkan sebatang rotan seperti yang dilakukan terhadap penjenayah. Penggunaan istilah refleksologi ini tidaklah bermakna kaedah perubatan ini ditiru dari keadah refleksologi biasa. Atau kaedah perubatan ini merupakan serpihan atau tiruan dari kaedah refleksologi biasa, sebab kaedah perubatan ini mempunyai sumbernya yang jelas iaitu al-Qur’an dan sunnah serta telah menjadi amalan para al- Salaf al-Soleh.

Istilah Refleksologi yang digunakan disini adalah berbeza dengan istilah sistem perubataqn refleksologi yang telah digunapakai secara meluas sebagai suatu kaedah perubatan. Maksud refleksologi yang ambil sebagai tajuk disini adalah untuk lebih memberi fokus kepada pengertian literal maksud refleksologi itu sendiri, iaitu ‘ilmu tindakbalas’. Istilah ini akan mendekatkan kefahaman umum tentang maksud sebenar refleksologi islam yang cuba dibentangkan oleh penulis.

Segala hak cipta penulisan ilmiah yang terkandung di dalam blog ini adalah hak milik Shaikh Dr Hj Jahid bin Hj Sidek al-Khalidi. Tidak dibenarkan mengambil mana-mana tulisan di atas melainkan mendapat kebenaran daripada beliau.

AMALAN PARA AL-SALAF AL-SOLEH

AMALAN PARA AL-SALAF AL-SOLEH

Kaedah Refleksologi Islam yang bersumberkan kepada Qur’an dan Sunnah Rasulullah s.a.w. tersebut diperkasakan lagi kewujudannya dan kepentingannya dengan amalan yang dilakukan oleh para al-Salaf al-Soleh. Terdapat dalam lipatan sejarah yang jelas kaedah tersebut telah dilakukan oleh sesetengah sahabat. KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB r.a. misalnya pernah menggunakan kaedah pukulan. Seorang yang bercakap dalam keadaan yang tidak stabil serta meluahkan beberapa soalan yang tidak sepatutnya ditanya, maka khalifah ‘Umar yang berada di depannya segara meminta sebatang tongkat. Dengan tongkat itu beliau segara memukul kepala orang tersebut berulang kali hingga berdarah. Akhirnya syaitan yang meresap ke tubuh orang tersebut keluar. Orang tersebut sedar dan stabil, lalu ia meminta maaf kepada khalifah ‘Umar al-Khattab r.a.

Imam Ahmad bin Hanbal (w.241H) juga telah menggunakan KAEDAH PUKULAN UNTUK MENGELUARKAN JIN. Diriwayatkan bahawa Sultan al-Mutawakkil telah menghantar perutusannya kepada Imam Ahmad supaya memberitahunya bahawa seorang gundik sultan telah mengalami kerasukan. Imam Ahamad diminta supaya berdoa untuknya. Sejurus kemudian Imam Ahmad megeluarkan sepasang terompah kayu yang biasa digunakan untuk berwuduk, lalu memberikannya kepada muridnya dan berkata: “kamu pergi ke istana sultan dan duduk di bahagian kepala perempuan itu. Cakap kepada jin yang merasuknya; Ahmad berkata: mana di antara dua perkara yang kamu mahu; kamu keluar dari tubuh perempuan ini atau kamu dipukul dengan terompah ini tujuh puluh kali? Apabila mendengar kata-kata tersebut jin yang berada dalam tubuh perempuan itu berkata: ‘Kami dengar dan kami taat bahkan jika Ahmad mengarah kami keluar dari negeri Iraq sekalipun, kami akan keluar. Dia adalah seorang yang mentaati Allah, sesiapa mentaati Allah, segala sesuatu akan mentaatinya. Jin tersebut kemudiannya keluar dari tubuhnya. Perempuan tersebut segera kembali sihat dan kemudiannya telah dikurniakan beberapa orang cahaya mata.

Setelah kewafatan Imam Ahmad, jin tersebut sekali lagi merasuk perempuan yang sama. Sultan Mutawakkil sekali lagi menghantar utusan kepada murid Imam Ahmad iaitu Abu Bakr al-Mawarzi. Beliau membawa terompah kayu yang sama ke istana sultan untuk merawat perempuan tersebut. Lalu jin yang merasuk itu berkata: ‘Aku tidak akan keluar dari sini. Aku tidak akan taat dan tidak mahu menerimamu. Ahmad adalah seorang yang yang mentaati Allah, dengan sebab itu kami disuruh mentaatinya” .

Di dalam kitab al-Tib al-Nabawi karangan SHAIKH IBN AL-QAYYIM AL-JAWZIYYAH (w.751H/1350M) ada menyebutkan bahawa gurunya Shaikh Ibn Taimiyyah kerap kali memukul pesakitnya yang dirasuk syaitan atau jin dengan pukulan tongkat, setelah syaitan atau jin tidak mahu keluar walaupun diperintah supaya keluar berkali-kali. Syaitan atau jin yang berdegil itu akan keluar bila dipukul dengan tongkat .

Ibn Qayyim menegaskan bahawa kaedah perubatan yang digunakan oleh gurunya itu dapat disaksikan oleh beliau sendiri dan orang lain, bukan sekali tapi kerap kali dilihatnya. Malahan gurunya, SHAIKH IBN TAIMIYYAH pernah menceritakan kepadanya mengenai jin yang degil, tidak mahu keluar, walaupun sudah dibacakan ayat-ayat Qur’an dan sudah diminta keluar segera. Akhirnya Shaikh Ibn Taimiyyah memukul pesakit tersebut dengan tongkat. Sebelum jin itu keluar ia sempat menyatakan bahawa ia sangat mencintai pesakit tersebut dan mahu pergi menunaikan fardhu Haji bersamanya. Akhirnya jin itu keluar kerana tidak tahan menanggung sakit dari pukulan tongkat.

Segala hak cipta penulisan ilmiah yang terkandung di dalam blog ini adalah hak milik Shaikh Dr Hj Jahid bin Hj Sidek al-Khalidi. Tidak dibenarkan mengambil mana-mana tulisan di atas melainkan mendapat kebenaran daripada beliau.

KELAYAKAN PERAWAT DI PRIM

KELAYAKAN PERAWAT

Para perawat yang melakukan rawatan mengikut kaedah refleksologi Islam ini mempunyai ciri-ciri kelayakan seperti berikut :

(1) Telah mendapat latihan secara langsung dari Dr. Hj. Jahid Hj. Sidek setelah mendapat keizinannya.

(2) Latihan yang diberikan biasanya dimulai dari latihan memperkasakan akidah dan sifat ketakwaan kepada Allah.

(3) Dalam latihan memperteguhkan iman dan akidah, bukan hanya di ta’lim dan ditarbiyahkan dengan ilmu tauhid dan kefahamannya sahaja, tetapi juga diiringi dengan ilmu dan amalan dhikrullah. Ini selaras dengan firman Allah:

Maksudnya : “Allah meneguhkan zahir dan batin (jiwa dan raga) orang-orang yang beriman didunia dan akhirat dengan kalimah tauhid .لا إله إلا الله
(Surah Ibrahim: ayat 27)

Rasulullah (s.a.w) pernah ditanya oleh para sahabat bagaimana cara memperteguhkan iman. Maka baginda (s.a.w.) menjawab dengan sabdanya

Maksudnya:
“Hendaklah kamu banyakkan sebutan kalimah لا إله إلا الله

(4) Biasanya dalam penghayatan dhikrullah tersebut seorang calon perawat mestilah menjalani amalan tersebut sekurang-kurangnya selama setahun. Sesudah syarat ini dipenuhi dan orang tersebut menpunyai minat, keizinan dari Dr. Hj. Jahid Hj. Sidek mestilah diperoleh.

(5) Peringkat pertama latihan dimulai dengan latihan menjadi pembantu perawat. Calon pelatih dikehendaki berada disisi perawat yang terlatih ketika menjalankan rawatan kepada pesakit. Calon pelatih biasanya dikehendaki memerhati dan mencatitkan apa juga yang dilakukan oleh perawat tersebut dan mestilah ia sentiasa bersedia membantu kerja-kerja perawat, terutama bila dikehendaki oleh perawat itu.

(6) Peringkat kedua latihan ialah latihan merawat pesakit tertentu yang biasanya diarahkan oleh perawat yang menjadi jurulatih. Jurulatih biasanya akan memilih pesakit yang menghadapi sakit yang ringan dan mudah dirawat. Beberapa lama selepas itu latihan akan ditingkatkan kepada merawat pesakit yang menghadapi penyakit yang lebih teruk dan sukar dirawat.

(7) Berapa lama masa latihan kedua-dua peringkat di atas tidak ditetapkan. Ianya banyak bergantung kepada kecekapan dan kepintaran seseorang pelatih. Biasanya seorang pelatih yang pintar dan cekap sekurang-kurangnya mengambil masa satu hingga dua tahun.

(8) Perawat tidaklah dikehendaki ada ijazah, tetapi ianya mesti mempunyai ilmu dan kefahaman agama yang baik, terutamanya ilmu dan kefahaman mengenai perkara-perkara yang berkait dengan fardu ‘ain, halal dan haram, taharah dan sebagainya.

(9) Perawat dimestikan selalu menghubungi Dr. Hj. Jahid Hj. Sidek selaku pengasas utama dalam kaedah rawatan ini. Langkah ini dapat mengawal serta menentukan kaedah rawatan ini digunakan dengan betul dan cekap. Untuk tujuan tersebut taklimat tertentu kadangkala dibuat oleh Dr. Hj. Jahid Hj. Sidek.

(10) Bilangan perawat yang terlatih diseluruh negara tidaklah ramai, hanya ada kira-kira 10 orang sahaja. Bagaimanapun perawat pelatih bilangannya lebih ramai tetapi tidak dapat dipastikan bilangan mereka.

Catatan Penting :

Dr. Hj. Jahid Hj. Sidek mempunyai pengalaman selama 13 tahun dalam bidang perubatan mengikut kaedah refleksologi Islam ini. Walaupun masih banyak lagi ilmu yang berkaitan perlu ditimba dan di fahami, namun dengan pengalaman selama 13 tahun tersebut, rasanya berbagai masalah dan isu yang timbul telah dapat diatasi dan diselesaikan. Selama 13 tahun boleh dikatakan setiap hari beliau menghadapi berbagai rupa dan warna pesakit yang menderita dengan berbagai jenis penyakit., boleh dikatakan kebanyakannya telah dapat diselesaikan, malahan tidak kurang juga bilangan pesakit yang telah kecewa kerana harapan mereka untuk sembuh ketika menerima rawatan di hospital, telah dapat disembuhkan.

Segala hak cipta penulisan ilmiah yang terkandung di dalam blog ini adalah hak milik Shaikh Dr Hj Jahid bin Hj Sidek al-Khalidi. Tidak dibenarkan mengambil mana-mana tulisan di atas melainkan mendapat kebenaran daripada beliau.

ALAT-ALAT DAN BAHAN-BAHAN UNTUK RAWATAN

ALAT-ALAT DAN BAHAN-BAHAN UNTUK RAWATAN

Alat dan bahan-bahan yang digunakan dalam proses rawatan refleksologi islam ini tidaklah banyak dan harganya pun tersangat murah serta mudah didapati. Antara bahan-bahan yang biasa di gunakan ialah:

  1. Ranting dari pokok buah Nona yang panjangnya antara 12 hingga 16 inci yang mempunyai saiz ukurlilit yang berbeza. Ada yang kecil sebesar lidi daun kelapa sawit. Ada yang lebih besar sedikit daripada lidi tersebut, yang paling besarpun lebih kecil daripada pencil kayu biasa. (Sila lihat gambar ranting di halaman sebelah).
  2. Biji Lada Hitam yang dipilih. Biasanya biji yang keras dan besar.
  3. Garam Halus dan garam kasar. Banyaknya mengikut keperluan
  4. Limau Nipis. Banyaknya juga mengikut keperluan
  5. Pasir. Sebaik-baiknya pasir dari sungai atau bekas lombong, kerana ianya memang terjamin bersihnya. Biasanya pasir ini dijemur sehingga kering. Bahan pasir ini diperlukan bila rawatan dibuat untuk pesakit tertentu, misalnya kerana terkena simpulan sihir.
  6. Cuka makan yang berbau keras dan mempunyai tahap kemasaman yang tinggi (tahap keasidan yang tinggi). Kadang-kadang cuka getah iaitu asid hidroklorik, iaitu asid yang digunakan untuk membeku getah digunakan.
  7. Air Batu (Ais). Banyaknya mengikut keperluan. Kegunaaannya adalah untuk digunakan bagi membilas mandian pesakit.
  8. Bawang Besar. Jika diperlukan, misalnya bila tidak ada lagi limau nipis yang diperlukan untuk menekan bahagian tertentu dari tubuh pesakit.
  9. Sarung Tangan Getah (Surgical Glove).
  10. Air Mineral, air hujan atau apa-apa jua air yang belum dimasak. Kegunaannya adalah untuk dibacakan ayat-ayat al-quran yang tertentu dan doa.

Segala hak cipta penulisan ilmiah yang terkandung di dalam blog ini adalah hak milik Shaikh Dr Hj Jahid bin Hj Sidek al-Khalidi. Tidak dibenarkan mengambil mana-mana tulisan di atas melainkan mendapat kebenaran daripada beliau.